Belina Shop

Hasan sanggup dilucut jawatan exco berhubung isu penjualan arak

SHAH ALAM 12 Ogos - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali sanggup dilucutkan jawatan Exco kerajaan negeri demi mempertahankan pandangannya agar minuman keras dan bir tidak dijual di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam.

Menurut Hasan, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan pihak tertentu yang meminta pucuk pimpinan pakatan pembangkang mengambil tindakan ke atasnya berikutan pendiriannya dalam isu penjualan arak di Selangor. – Utusan

PANDANGAN PENULIS.

PENULIS PUJI PENDIRIAN DATO HASAN ALI, BERANI DAN TEGAS, SANGGUP DILUCUTKAN JAWATAN DAN TIDAK AKAN TUNDUK DENGAN DESAKAN DAN UGUTAN PIHAK DAP DEMI MEMPERTAHANKAN PENDIRIANNYA.

TETAPI WALAU PUN BEGITU PENULIS BERPENDAPAT PRESTASI PAS TAK MEMBANGGAKAN LANGSUNG. KENAPA MASIH TIDAK KEDENGARAN SUARA-SUARA LANTANG PEMIMPIN PAS YANG LAIN MEMBELA HASAN ALI ? KENAPA DIBIARKAN BELIAU BERJUANG SENDIRIAN ?

SETUJU TAK SEKIRANYA PENULIS KATAKAN: BELUM CUKUP BAIK BAGI SEBUAH PARTAI YANG DILABEL SEBAGAI PARTAI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM TAPI HANYA HASAN ALI SAHAJA YANG LANTANG BERSUARA DALAM ISU INI.

ATAU HANYA ADA SATU SAHAJAKAH SEMANGAT DAN SUARA SELANTANG DAN SETANDING HASAN ALI DI DALAM PAS. ?

APAKAH PAS TELAH KETANDUSAN SUARA PERJUANG YANG BENAR-BENAR BERANI MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DAN ISLAM. ?

DIMANAKAH PERGINYA SUARA LANTANG LAGI HEBAT YANG SERING MENGEGARKAN PENTAS POLITIK MALAYSIA ?

HAHAHA…MUNGKINKAH SUARA MEREKA DI KHASKAN UNTUK BERKEMPEN KETIKA PILIHANRAYA SAHAJA ATAU UNTUK KES-KES TERPILIH SAHAJA ?

WAH..KALAU MENCEMUH..MEREMEH..MENGUTUK..UMNO DAN KERAJAAN BUKAN MAIN LAGI HEBAT DAN RIBUTNYA.

HMMM…ELOKLAH DI FIKIR-FIKIRKAN, SUARA YANG GEGAK GEMPITA TU DIGUNAKAN UNTUK MEMPERJUANGKAN ISLAM BUKAN HANYA UNTUK MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN POLITIK KEPARTIAN SAHAJA.

CEHHH MALU..BETUL BETUL MEMALUKAN..!!

Mahfuz: "kami baru.." (mcm ngaku "Kami Barua PKR & DAP.."


Ni dh masuk hari keberapa isu ARAK HARAM SELANGOR ni? Lamanya nak selesaikan? PAS xmampu ke nak berbincang dengan DAP HARAM tu? Dalam apa jua jenis pekerjaan yang kita ceburi, tiada istilah "Kami baru..." bagi mengelakkan diri daripada dipersalahkan. Tiada alasan untuk itu Mahfuz, kerajaan baru atau lama adalah sama! Kena jalankan tanggungjawab dan berani menerima teguran pihak lain bukannya dengan mengatakan "KAMI BARU.." yang lebih kepada "KAMI BARUA PKR & DAP..."
Ini bukan pertama kali Mahfuz, ini kali kedua PAS diperbodohkan. Bila nak sedar? dah nak hancur PAS dikerjakan DAP dgn PKR baru nak celik mata dan menyesal? Ah sudah!

ISA: Penyangak GMI yang menyusahkan Rakyat

Sekali lagi warga Lembah Klang harus melalui keperitan. Ramai di kalangan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, para peniaga terpaksa menutup perniagaan dan aktiviti riadah di hujung minggu terjejas.

Segalanya hanya kerana kejahilan sekelompok manusia yang tetap mahu turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi kononnya bagi menuntut pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kita tidak peduli siapapun mereka sama ada mereka ini ahli politik, aktivis atau ahli mana-mana parti. Tetapi apa yang pasti, perbuatan mereka turun ke jalanan adalah perbuatan tidak bertamadun dan tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat negara ini.

Kelompok yang berbuat demikian sengaja ingin mencabar kewibawaan pihak berkuasa yang sudah berminggu-minggu memberikan amaran supaya jangan berdemonstrasi.Bagaimanapun, puak yang jumud ini, tidak mempedulikan amaran itu. Mereka tidak kisah keperitan yang akan ditanggung oleh warga kota dan sudah pasti mereka juga tidak menghiraukan kesan perbuatan mereka.

Selain itu, jika mereka ikhlas ingin membuat desakan secara aman sudah pasti perhimpunan berkenaan diadakan di kawasan tertutup seperti di stadium-stadium di negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Sebelum ini mereka sudah berbuat demikian dengan menganjurkan pelbagai perhimpunan.Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur, malah mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa.

Tetapi kali ini, mereka tidak mahu berbuat demikian, matlamat mereka ialah turun ke jalan raya bagi melakukan huru-hara. Kalau di stadium sudah pasti suasana aman, ini akan menggagalkan matlamat utama mereka hendak memburukkan imej kerajaan.Apa yang lebih malang majoriti yang berbuat demikian adalah orang Melayu. Kasihan kepada kelompok orang Melayu seumpama ini yang terus bersedia menjadi alat politik kepada pemimpin-pemimpin parti tertentu.

Seperti mana apa yang berlaku di Perak tidak lama dahulu, demonstrasi kali ini juga menyaksikan sekali lagi kejahilan penyokong Pas dan PKR.Biarpun demonstrasi itu anjuran pakatan pembangkang, tetapi kita tidak lihat pun penyokong DAP turun 'bertempur' dengan pihak polis. Kesudahannya, sekali lagi orang Melayu dalam pembangkang dilihat hanya menjadi alat, akibat kebodohan sendiri.

Namun kita tidak perlu bersimpati dengan puak yang turun berdemonstrasi dan menjadi mangsa tembakan gas pemedih mata oleh pihak polis. Mereka yang cari penyakit. Itulah balasannya apabila amaran secara lembut tidak dipedulikan dan gagal berfikir dengan waras kewajaran untuk berbuat demikian.Apa yang lebih malang majoriti yang berbuat demikian adalah orang Melayu.

Mereka bernasib baik kerana polis Malaysia hanya menggunakan gas pemedih mata. Kalau di negara lain percayalah, akan ada 'peluru' lain yang akan digunakan bagi mengajar manusia-manusia degil tersebut.

Anwar Pengkhianat Bangsa!


Hai, kasihan anakmuda tgk tv dan surat khabar tentang berita perhimpunan Mansuhkan ISA semalam. Apa yang anakmuda terfikir dengan fikiran yang waras, APA PEKDAHNYA? adakah rakyat benar-benar kesah pasal ISA ni? atau pemimpin pembangkang yang mempergunakan rakyat untuk melaksanakan dasar dan matlamat mereka? Tentunya jawapannya adalah RAKYAT DIPERGUNAKAN...

Jika dilihat semalam, majoritinya MELAYU YANG BERLEBAI YANG BERLARI MACAM LIPAS KUDUNG SEMALAM... MANA KAUM LAIN? ADA DEPA KESAH? Jawapannya melayu lebih kesah pasal pemansuhan ISA. Pelik anakmuda. Adakah melayu sekrang sedar apa yang mereka lakukan semalam tew untuk sapa? ERMM...ADAKAH MELAYU YANG DATANG TEW FAHAM APA ITEW ISA? KENAPA MALAYSIA SANGAT PERLUKAN ISA?

ISA adalah bertujuan untuk mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik supaya tidak menimbulkan permasalahan agama, kaum dan budaya dan inilah yang mahu ditekankan oleh pihak kerajaan.

KALU ANDA WAHAI SAHABAT PEMBANGKANG TAK BUAT SALAH DIBAWAH ISA, BUAT APA NAK TAKUT?

Sikap Pembangkang Malaysia

Yang Pembangkang Buat.......

-Kutuk dan bangkang habis-habisan apa saja usul atau cadangan kerajaan untuk rakyat, tak kiralah samada cadangan tu baik atau kurang sikit baiknya (dah tugas `pembangkang'.. tapi, janganlah pula ada yang tidur bangkang-bangkangpun dipanggil pembangkang...).

-Bawa pemberita atau jurugambar berbayar, tunjuk longkang tersumbat, rumput panjang terbiar, bangunan atau projek kerajaan yang belum siap (dalam pembinaan)..kononnya, merekalah yang paling prihatin..!!

Yang Pembangkang Tak Buat.......


-Buat usul atau cadangan bijak kepada kerajaan persekutuan untuk kebajikan rakyat jelata. Apa yang mereka buat adalah untuk golongan atau kelompok kecil mereka sahaja, tidak melibatkan seluruh rakyat jelata. Contohnya, berjuang kononnya untuk bangsa-bangsa lain sama taraf dengan orang Melayu..(mMmMmM..).

-Bawa pemberita atau jurugambar berbayar, masuk kawasan mereka dan tunjukkan bahawa tiada apa-apa pembangunan atau projek yang mampu mereka bawa setelah memerintah kawasan tersebut. Macam Selangor, Pulau Pinang, Kedah.. (kerajaan negeri terpaksa minta sedekah dengan wakil-wakil BN untuk bawa pembangunan dikawasan tersebut, biarpun mereka adalah kerajaan negeri..).

Pst....pada para pembaca semua...anda adalah dialu-alukan untuk memberi pendapat/cadangan anda diruang komen...mengenai tajuk diatas..tentu banyak ni...gasak sajalahhh...

PAS Menang Dengan Undi Ikan 65

BERCINTA DI MANEK URAI
MENGAPA UNDI PAS MEROSOT?


Apakah sebenarnya yang telah berlaku di Manek Urai? MalaysiaKini melaporkan bahawa PAS menang dalam nyawa-nyawa ikan, iaitu dengan kelebihan 65 undi. Walauapa pun hujahnya, PAS tetap menang. Namun demikian, saya merasakan bahawa pengaruh PAS dalam Barisan Rakyat semakin tenggelam. Antara analisis awal berkenaan kemerosotan undia kepada PAS adalah seperti berikut :

1. Keceluparan Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan dan kritikan pedas beliau terhadap UMNO.

2. Rakyat sudah tidak mahu lagi pengretorik agama yang hanya pandai berceramah agama semata-mata, sebaliknya pembangunan dan kemajuan tidak upaya ditawarkan oleh PAS.

3. Rakyat, khususnya generasi muda sudah buka mata bahawa kerjasama antara PAS dengan DAP terbukti merupakan kerjasama mungkar. Jika dengan DAP mereka boleh bekerjasama, mengapa tidak dengan UMNO?

4. Ternyata pengundi Melayu boleh diubah mindanya serba sedikit, tetapi pengundi Cina dan India belum tentu lagi.

5. UMNO memerlukan tokoh-tokoh agama yang ramai dalam parti itu. Lihat strategi yang digunakan oleh Pak Lah dalam pilihan raya 2004.

6. Sikap penyokong PAS yang menunjukkan kekasaran dan keganasan turut menyumbang ke arah kemerosotan undi di Manek Urai.

7. PAS tidak akan bertahan lama jika Nik Aziz dan Hj Hadi tiada lagi menerajui parti tersebut.

6. Jelas, rakyat mengundi PAS dalam PRU-12 dahulu adalah kerana marahkan UMNO dan bukan kerana mereka yakin dengan perjuangan PAS.

7. UMNO boleh kuat semula dalam PRU ke-13 nanti, dengan syarat lakukan segera transformasi dalam parti tersebut, bina akhlak ahli UMNO, dekatkan mereka dengan agama serta buang mana-mana pemimpin UMNO yang korupsi.

Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri

Manek Urai: Lidah Biawak Pasir

'undi PAS masuk syurga, menentang UMNO jihad ..Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku yang menghancurkan perpaduan Islam di Malaysia ini'


KOTA BAHARU 26 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.

"Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Ternyata lidah ulamak yang dikatakan memperjuangkan Islam ini lebih lebih lembut dan bergulung bagai lidah biawak pasir. Sejak dari awal lagi saya sangat bencikan sikap ahli-ahli politik yang mengaku ulamak dan menjual Agama untuk kepentingan politik mereka dan kaum kerabat mereka. Mereka sentiasa merasakan bahawa sebagai ulamak apa saja tindakan mereka betul dari segi agama. Apakah agama Islam ini hanya milik mereka sahaja?

Mereka sewenag-wenangnya menggunakan ayat-ayat al-Quraan yang di tafsirkan sebahagian sahaja manakala sebahagian yang lain disembunyikan bagi tujuan membenarkan segala perbuatan mereka. Apakah harus ulamak berpolitik? Patutkah seorang yang mengaku ulamak disatarafkan dengan ahli-ahli politik yang kita tahu pasti bahawa mereka akan sentiasa memikirkan kepentingan politik mereka sendiri melebihi perkara-perkara lainnya.

Jika ulamak berpolitik, maka jatuhlah taraf mereka seperti ahli politik lainnya. Apa kah ada lagi perbezaan diantara kata-kata ulamak Nik Aziz dengan fatwa dari Ustaz Lim Kit Siang. Kerana mereka kedua ini ahli politik, maka mereka adalah setaraf.

Sumber dari blog Braveheart.