Belina Shop

ISA: Penyangak GMI yang menyusahkan Rakyat

Sekali lagi warga Lembah Klang harus melalui keperitan. Ramai di kalangan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, para peniaga terpaksa menutup perniagaan dan aktiviti riadah di hujung minggu terjejas.

Segalanya hanya kerana kejahilan sekelompok manusia yang tetap mahu turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi kononnya bagi menuntut pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kita tidak peduli siapapun mereka sama ada mereka ini ahli politik, aktivis atau ahli mana-mana parti. Tetapi apa yang pasti, perbuatan mereka turun ke jalanan adalah perbuatan tidak bertamadun dan tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat negara ini.

Kelompok yang berbuat demikian sengaja ingin mencabar kewibawaan pihak berkuasa yang sudah berminggu-minggu memberikan amaran supaya jangan berdemonstrasi.Bagaimanapun, puak yang jumud ini, tidak mempedulikan amaran itu. Mereka tidak kisah keperitan yang akan ditanggung oleh warga kota dan sudah pasti mereka juga tidak menghiraukan kesan perbuatan mereka.

Selain itu, jika mereka ikhlas ingin membuat desakan secara aman sudah pasti perhimpunan berkenaan diadakan di kawasan tertutup seperti di stadium-stadium di negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Sebelum ini mereka sudah berbuat demikian dengan menganjurkan pelbagai perhimpunan.Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur, malah mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa.

Tetapi kali ini, mereka tidak mahu berbuat demikian, matlamat mereka ialah turun ke jalan raya bagi melakukan huru-hara. Kalau di stadium sudah pasti suasana aman, ini akan menggagalkan matlamat utama mereka hendak memburukkan imej kerajaan.Apa yang lebih malang majoriti yang berbuat demikian adalah orang Melayu. Kasihan kepada kelompok orang Melayu seumpama ini yang terus bersedia menjadi alat politik kepada pemimpin-pemimpin parti tertentu.

Seperti mana apa yang berlaku di Perak tidak lama dahulu, demonstrasi kali ini juga menyaksikan sekali lagi kejahilan penyokong Pas dan PKR.Biarpun demonstrasi itu anjuran pakatan pembangkang, tetapi kita tidak lihat pun penyokong DAP turun 'bertempur' dengan pihak polis. Kesudahannya, sekali lagi orang Melayu dalam pembangkang dilihat hanya menjadi alat, akibat kebodohan sendiri.

Namun kita tidak perlu bersimpati dengan puak yang turun berdemonstrasi dan menjadi mangsa tembakan gas pemedih mata oleh pihak polis. Mereka yang cari penyakit. Itulah balasannya apabila amaran secara lembut tidak dipedulikan dan gagal berfikir dengan waras kewajaran untuk berbuat demikian.Apa yang lebih malang majoriti yang berbuat demikian adalah orang Melayu.

Mereka bernasib baik kerana polis Malaysia hanya menggunakan gas pemedih mata. Kalau di negara lain percayalah, akan ada 'peluru' lain yang akan digunakan bagi mengajar manusia-manusia degil tersebut.

1 comments:

Arif Omar said...

mereka ini pengkhianat bangsa dan rela dikudakan oleh sesiapa sahaja. harapkan pagar , pagar makan akar-akar padi

Post a Comment