Sikap Pembangkang Malaysia

Yang Pembangkang Buat.......

-Kutuk dan bangkang habis-habisan apa saja usul atau cadangan kerajaan untuk rakyat, tak kiralah samada cadangan tu baik atau kurang sikit baiknya (dah tugas `pembangkang'.. tapi, janganlah pula ada yang tidur bangkang-bangkangpun dipanggil pembangkang...).

-Bawa pemberita atau jurugambar berbayar, tunjuk longkang tersumbat, rumput panjang terbiar, bangunan atau projek kerajaan yang belum siap (dalam pembinaan)..kononnya, merekalah yang paling prihatin..!!

Yang Pembangkang Tak Buat.......


-Buat usul atau cadangan bijak kepada kerajaan persekutuan untuk kebajikan rakyat jelata. Apa yang mereka buat adalah untuk golongan atau kelompok kecil mereka sahaja, tidak melibatkan seluruh rakyat jelata. Contohnya, berjuang kononnya untuk bangsa-bangsa lain sama taraf dengan orang Melayu..(mMmMmM..).

-Bawa pemberita atau jurugambar berbayar, masuk kawasan mereka dan tunjukkan bahawa tiada apa-apa pembangunan atau projek yang mampu mereka bawa setelah memerintah kawasan tersebut. Macam Selangor, Pulau Pinang, Kedah.. (kerajaan negeri terpaksa minta sedekah dengan wakil-wakil BN untuk bawa pembangunan dikawasan tersebut, biarpun mereka adalah kerajaan negeri..).

Pst....pada para pembaca semua...anda adalah dialu-alukan untuk memberi pendapat/cadangan anda diruang komen...mengenai tajuk diatas..tentu banyak ni...gasak sajalahhh...

PAS Menang Dengan Undi Ikan 65

BERCINTA DI MANEK URAI
MENGAPA UNDI PAS MEROSOT?


Apakah sebenarnya yang telah berlaku di Manek Urai? MalaysiaKini melaporkan bahawa PAS menang dalam nyawa-nyawa ikan, iaitu dengan kelebihan 65 undi. Walauapa pun hujahnya, PAS tetap menang. Namun demikian, saya merasakan bahawa pengaruh PAS dalam Barisan Rakyat semakin tenggelam. Antara analisis awal berkenaan kemerosotan undia kepada PAS adalah seperti berikut :

1. Keceluparan Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan dan kritikan pedas beliau terhadap UMNO.

2. Rakyat sudah tidak mahu lagi pengretorik agama yang hanya pandai berceramah agama semata-mata, sebaliknya pembangunan dan kemajuan tidak upaya ditawarkan oleh PAS.

3. Rakyat, khususnya generasi muda sudah buka mata bahawa kerjasama antara PAS dengan DAP terbukti merupakan kerjasama mungkar. Jika dengan DAP mereka boleh bekerjasama, mengapa tidak dengan UMNO?

4. Ternyata pengundi Melayu boleh diubah mindanya serba sedikit, tetapi pengundi Cina dan India belum tentu lagi.

5. UMNO memerlukan tokoh-tokoh agama yang ramai dalam parti itu. Lihat strategi yang digunakan oleh Pak Lah dalam pilihan raya 2004.

6. Sikap penyokong PAS yang menunjukkan kekasaran dan keganasan turut menyumbang ke arah kemerosotan undi di Manek Urai.

7. PAS tidak akan bertahan lama jika Nik Aziz dan Hj Hadi tiada lagi menerajui parti tersebut.

6. Jelas, rakyat mengundi PAS dalam PRU-12 dahulu adalah kerana marahkan UMNO dan bukan kerana mereka yakin dengan perjuangan PAS.

7. UMNO boleh kuat semula dalam PRU ke-13 nanti, dengan syarat lakukan segera transformasi dalam parti tersebut, bina akhlak ahli UMNO, dekatkan mereka dengan agama serta buang mana-mana pemimpin UMNO yang korupsi.

Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri

Manek Urai: Lidah Biawak Pasir

'undi PAS masuk syurga, menentang UMNO jihad ..Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku yang menghancurkan perpaduan Islam di Malaysia ini'


KOTA BAHARU 26 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.

"Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Ternyata lidah ulamak yang dikatakan memperjuangkan Islam ini lebih lebih lembut dan bergulung bagai lidah biawak pasir. Sejak dari awal lagi saya sangat bencikan sikap ahli-ahli politik yang mengaku ulamak dan menjual Agama untuk kepentingan politik mereka dan kaum kerabat mereka. Mereka sentiasa merasakan bahawa sebagai ulamak apa saja tindakan mereka betul dari segi agama. Apakah agama Islam ini hanya milik mereka sahaja?

Mereka sewenag-wenangnya menggunakan ayat-ayat al-Quraan yang di tafsirkan sebahagian sahaja manakala sebahagian yang lain disembunyikan bagi tujuan membenarkan segala perbuatan mereka. Apakah harus ulamak berpolitik? Patutkah seorang yang mengaku ulamak disatarafkan dengan ahli-ahli politik yang kita tahu pasti bahawa mereka akan sentiasa memikirkan kepentingan politik mereka sendiri melebihi perkara-perkara lainnya.

Jika ulamak berpolitik, maka jatuhlah taraf mereka seperti ahli politik lainnya. Apa kah ada lagi perbezaan diantara kata-kata ulamak Nik Aziz dengan fatwa dari Ustaz Lim Kit Siang. Kerana mereka kedua ini ahli politik, maka mereka adalah setaraf.

Sumber dari blog Braveheart.