Belina Shop

PAS Menang Dengan Undi Ikan 65

BERCINTA DI MANEK URAI
MENGAPA UNDI PAS MEROSOT?


Apakah sebenarnya yang telah berlaku di Manek Urai? MalaysiaKini melaporkan bahawa PAS menang dalam nyawa-nyawa ikan, iaitu dengan kelebihan 65 undi. Walauapa pun hujahnya, PAS tetap menang. Namun demikian, saya merasakan bahawa pengaruh PAS dalam Barisan Rakyat semakin tenggelam. Antara analisis awal berkenaan kemerosotan undia kepada PAS adalah seperti berikut :

1. Keceluparan Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan dan kritikan pedas beliau terhadap UMNO.

2. Rakyat sudah tidak mahu lagi pengretorik agama yang hanya pandai berceramah agama semata-mata, sebaliknya pembangunan dan kemajuan tidak upaya ditawarkan oleh PAS.

3. Rakyat, khususnya generasi muda sudah buka mata bahawa kerjasama antara PAS dengan DAP terbukti merupakan kerjasama mungkar. Jika dengan DAP mereka boleh bekerjasama, mengapa tidak dengan UMNO?

4. Ternyata pengundi Melayu boleh diubah mindanya serba sedikit, tetapi pengundi Cina dan India belum tentu lagi.

5. UMNO memerlukan tokoh-tokoh agama yang ramai dalam parti itu. Lihat strategi yang digunakan oleh Pak Lah dalam pilihan raya 2004.

6. Sikap penyokong PAS yang menunjukkan kekasaran dan keganasan turut menyumbang ke arah kemerosotan undi di Manek Urai.

7. PAS tidak akan bertahan lama jika Nik Aziz dan Hj Hadi tiada lagi menerajui parti tersebut.

6. Jelas, rakyat mengundi PAS dalam PRU-12 dahulu adalah kerana marahkan UMNO dan bukan kerana mereka yakin dengan perjuangan PAS.

7. UMNO boleh kuat semula dalam PRU ke-13 nanti, dengan syarat lakukan segera transformasi dalam parti tersebut, bina akhlak ahli UMNO, dekatkan mereka dengan agama serta buang mana-mana pemimpin UMNO yang korupsi.

Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri

0 comments:

Post a Comment