Belina Shop

Nik Aziz Hanya Jaga Hati DAPigs, Islam diketepikan


Salam Hari ini hamba ada menerima satu email yang berbunyi begini "(LINA JOY) kehebatan peguam jahanam Azlina Jailani telah menang di Mahkamah. mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia... sapa yg lebih berkuasa... sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong

aqidah...amin Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!! persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar.... IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama... Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi... BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH (Agama Islam).... ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Malah pengirim juga menulis mengenai beberapa tuntutan daripada IFC...
Malah rasanya semua sudah sedia maklum tuntutan tersebut...tidak mengapa..akan hamba tulis beberapa tuntutan tersebut untuk mengembalikan ingatan kalian:

Setiap anak yang baru lahir di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusai 18 tahun

Di dalam dokumen pengenalan mykad dan pasport dihapuskan kolum identiti agama...

Mana-mana individu yang bukan beragama islam jika berkahwin dengan orang islam, dia tidak perlu memeluk islam

Mana-mana orang islam yang hendak berkahwin dengan orang bukan islam, dia perlu menukar agama kepada bukan islam(MURTAD)

Hapuskan mahakamah Syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain....dan banyak lagi tuntutan IFC(baca disini 1.....baca disini 2)

Ada sebab kenapa hamba membuka semula lipatan kisah ini yang mana hari ini orang tidak lagi membicara perkara ini...Sebab hamba tertarik dengan bicara seorang sahabat mengenai celoteh Nik Aziz ini yang mengatakan "Perlu tukar Melayu UMNO kepada Islam"...Persoalan yang hamba tertanya yang mereka menyertai dan menyokong UMNO termasuk ayah hamba bukan orang islamkah??? Sehingga Nik Aziz menyatakan sedemikian...

Dan Hamba juga tertanya...Adakah ini yang lebih besar isunya berbanding isu IFC...Tidak tahukah Nik Aziz bahawa PKR dan DAP juga menyokong IFC...Kenapa perlunya lagi PAS menyokong PKR dan DAP...Atau PAS juga menyokong IFC???

Kerajaan hari ini berhabisan menentang IFC.....tetapi PKR dan DAP memberi sokongan yang jitu terhadap pertubuhan ini...Dimana pula kenyataan Nik Aziz berhubung perkara ini....Teringatlah hamba pada satu kenyataan...Selagi kita orang islam berpegang kepada TERAS ISLAM maka terjaminlah ISLAM tersebut...

Sebagai contoh teras islam sudah menggariskan solat zuhur 4 rakaat...maka dari zaman Rasulullah sehingga zaman sekarang solat zuhur tetap 4 rakaat...tidak pernah berubah...Maka hamba percaya Nik Aziz ini bukanlah ulama yang hebat dan perlu diikuti kerana beliau sendiri tidak pernah berpegang pada teras islam...contohnya...dulu Nik Aziz pernah menyatakan UMNO ini kafir kerana berkawan dan berkongsi kuasa dengan orang kafir...Namun hari ini Nik Aziz pula berkawan dan berkongsi kuasa dengan orang kafir...apakah islam Nik Aziz boleh berubah mengikut peredaran zaman?? inikah islam yang perlu diikuti???

Wahal Nik Aziz perlu ingat bukan semua orang kafir itu perlu kita musuhi...orang kafir yang membahayakan islam sepatutnya dimusuhi dan ianya juga telah dijelaskan dalam Al-Quran...Hari ini jelas DAP sudah melampaui batas norma sehingga mengugat agama islam namun kenapa Nik Aziz masih menjadikan DAP sebagai teman seperjuangan...Fikir-fikirkan...

0 comments:

Post a Comment