Belina Shop

Hassan Ali Diperbodohkan Khalid Sepanjang Perkhidmatannya

Khalid Ibrahim terang-terang gagal mentadbir negeri selangor, tu la yang gatal-gatal pi letak orang yang tak pernah joint politik jadi menteri besar buat ape.. bukan semua CEO syarikat besar boleh tadbir negeri, khalid samad atau nama glamournya khalid gereja pula mengeluh, katanya dia redha kalau next election pengundi shah alam tak memilihnya lagi sebagai ahli parlimen. macam tu juga dengan Rodziah atau dikenali sebagai Rodziah 375ribu, dia serik untuk menjadi wakil rakyat lagi, katanya bukan senang nak jadi wakil rakyat ni. katanya lagi, kerja ni hanya orang yang berpengalaman sahaja boleh buat, macam adun-adun BN mereka semua dah ada pengalaman. itu lah kata-kata Rodziah sewaktu sidang akhbar di rumah MB selepas perjumpaan dengan penduduk di dewan MBSA Shah Alam.

Lepas kejadian huru-hara di dewan mbsa shah alam yang mana keputusan untuk membina kuil tu gagal di buat, khalid telah menerima berita yang kurang seronok dari bosnya, Anwar Ibrahim, bosnya itu telah meminta Khalid Ibrahim pergi menghadap tuanku sultan selangor meminta perkenan tuanku untuk membubarkan dun selangor supaya satu pilihanraya negeri boleh di buat. Anwar cukup panic dengan tiga kejadian pada hari itu, kejadian pertama ialah Khalid ibrahim gagal buat keputusan mengenai status pembinaan kuil di seksyen 23 dan kejadian kedua ialah Hassan Ali menghadap Tuanku Sultan Selangor dan kejadian ketiga ialah, sudah ada ura-ura berberapa adun PKR untuk lompat parti.

Kenapa Anwar panic bila dengar Hassan Ali menghadap sultan selangor? kerana ada cerita-cerita mengatakan yang Tuanku Sultan memanggil hassan ali kerana tuanku ingin bertanya pada dia adakah dia bersedia untuk menjadi menteri besar selangor sekiranya UMNO dan PAS di selangor bergabung. cerita bergabungnya pas dan umno di selangor bukan menjadi rahsia lagi, cerita ni pernah kita dengar sewaktu malam keputusan pru hari tu, umno sanggup menyerahkan kerusi mb kepada pas dengan syarat pas meninggalkan pakatan haram jadah dan bergabung dengan umno dan pas boleh memilih sapa-sapa sahaja yang pas fikirkan sesuai di kalangan adun pas untuk menjadi menteri besar. sekiranya malam itu pas sanggup meninggalkan pakatan haram maka akan turut sertalah berberapa orang adun adun melayu dari PKR.

0 comments:

Post a Comment