Belina Shop

Manek Urai: Lidah Biawak Pasir

'undi PAS masuk syurga, menentang UMNO jihad ..Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku yang menghancurkan perpaduan Islam di Malaysia ini'


KOTA BAHARU 26 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat hanyalah satu kiasan atau perumpamaan.

"Boleh jadi kerana saya kata nationalis dan komunis itu serupa, begitu juga dengan ajaran sesat, (bagi saya) semua fahaman yang menolak Islam, semuanya kita panggil ajaran sesat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Ternyata lidah ulamak yang dikatakan memperjuangkan Islam ini lebih lebih lembut dan bergulung bagai lidah biawak pasir. Sejak dari awal lagi saya sangat bencikan sikap ahli-ahli politik yang mengaku ulamak dan menjual Agama untuk kepentingan politik mereka dan kaum kerabat mereka. Mereka sentiasa merasakan bahawa sebagai ulamak apa saja tindakan mereka betul dari segi agama. Apakah agama Islam ini hanya milik mereka sahaja?

Mereka sewenag-wenangnya menggunakan ayat-ayat al-Quraan yang di tafsirkan sebahagian sahaja manakala sebahagian yang lain disembunyikan bagi tujuan membenarkan segala perbuatan mereka. Apakah harus ulamak berpolitik? Patutkah seorang yang mengaku ulamak disatarafkan dengan ahli-ahli politik yang kita tahu pasti bahawa mereka akan sentiasa memikirkan kepentingan politik mereka sendiri melebihi perkara-perkara lainnya.

Jika ulamak berpolitik, maka jatuhlah taraf mereka seperti ahli politik lainnya. Apa kah ada lagi perbezaan diantara kata-kata ulamak Nik Aziz dengan fatwa dari Ustaz Lim Kit Siang. Kerana mereka kedua ini ahli politik, maka mereka adalah setaraf.

Sumber dari blog Braveheart.

0 comments:

Post a Comment