Belina Shop

PKR - Parti Kelentong Rakyat yang membosankan

Dari blog panglima sepat...bagus untuk disebarkan...bacalah...

Salamulllah,
Saya suka straight to the point...

(geram juga bila hantaq pi ke blog dan forum Sdra anwar, dia punya moderator asyik tolak saja. Aku tulis bukan kat moderator , aku tulis untuk anwar, pasai apa depa sibok sangat)

Dassat, dassat. Semuanya salah. Buat itu salah, buat ini salah. Heran juga kami, semua kesalahan tu timbui waktu la ni. Pasai apa waktu Anwar jadi TPM dulu benda2 pasai rasuah, tol, tax dan sebagainya yang menekan orang Melayu, kome tak nak hapuskan. Walhal kome pegang jawatan Menteri Kewangan.. Takkan takut nak lawan Mahathir dan bagi pendapat yang bernas dan jitu macam sekarang kot. Tup-tup la ni nak buat itu, nak buat ini... cuba pakat pikiaq, salah sapa?

adakah nak salah satu puak saja atau Datuk Seri juga salah. Ni yang dok kata kok tu kok ni tu, menatang apa. La baru nak kata terbit mai. Pasai apa semua keluaq mai waktu la, pasai apa dulu lagi tak keluaq itu salah ini salah. Pasai apa do habaq pasai rasuah la ni, tak kan dulu Dato Seri tak pernah buat kot. Tak kan tak ingat waktu di Sungai Besi, waktu Barisan nak bertanding dengan Pas, sapa yang suruh wakil Pas tarik diri... Tak pa lah kalau lupa. Tapi nak tanyalah yang waktu Dato jadi Menteri Pendidikan dulu, kami dok perhati ada sorang Pakistan dari Kg Melayu Padang Besaq, Perlis dok keluaq masuk dalam pejabat Dato sampai naik lunyai macam rumahtangga dia. Bila kami chek, semua lesen ap dato yang bagi, lesen minyak, lesen beras tah lesen apa lagi sampai kami naik takut nak jumpa dato pasai kena jumpa dia dulu.

La ni sedaq tak kita kerana dato nak kuasa, dato dok penaya semua orang. Melayu sama Melayu bergaduh, India dah mula besaq kepala, Cina dah tentulah sebab depa dok pegang ekonomi Malaysia. Depa banyak duit. Tak taulah kot depa dok sponsor dato... saja kata no.

Ni satu lagi, waktu mula nak buka Keadilan, tup-tup depa mai jumpa kami, wakil abim, suruh kami buka cawangan Keadilan satu negeri(toksah sebut tang mana) dan berjanji nak bagi kat kami satu cawangan seribu, lagu mana pulak tu dulu. Kami tanya jugak depa, hangpa dapat duit mai mana banyak2, padahai waktu tu Dato Seri dok dalam penjara. Hebat juga no. Takkan kot tiba2 saja orang nak derma mcm tu banyak untuk buka parti keadilan.

Sebenaqnya, kami yang dok bercakap ni adalah orang yang cukup hormat kat Dato Seri malahan cukup rapat dengan dato seri.(Kalau setakat depa yang dok keliling dato la ni, biji mata depa tu hanya nak ambik kesempatan saja-Dato pun tahu kerana dato juga mengaji haqqulyakinwahaqqulhaq macam kami juga). Waktu tu, dato serilah jadi idola kami. pasai waktu tu dato seri Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Pendidikan.

Kami ingat lagi waktu di Pasir Panjang masa ikut kursus Wirajaya Pemuda UMNO, Dato bukan main cakap lagi dalam terang bulan tepi pantai. Dato dok atas batu. Bercerita pada kami tentang semangat Melayu. Cerita tentang kedudukan rakyat Melayu yang kian berkurangan peratusannya. Bercerita mcm mana Cina nak ambik alih Malaysia dan apa orang India nak buat. Sampai keluaq mai pepatah kalau jumpa ulaq dan ......, sakai.... dulu. Tapi sayang, segala semangat Dato dah tak serupa dulu... pasai apa.

Oleh kerana kami terlalu komited pada Dato, sampai waktu dengaq kata Dato nak kena tangkap, sebiji nasi pun tak boleh telah, mcm tu punya sayang kami kat dato. Turun mailah kami ke KL, check, siasat, bertanya, dengar cerita dan bentuk barisan mengkaji. Semuanya biro pendidikan yang terdiri dari cikgu2, tapi lepas tu kami teruih diam sampai ke hari ni. Kami tak terlibat dalam mana-parti politik. Tapi bila tengok keadaan umat malaysia yang macam-macam, naik risau juga kami. Semua pemimpin Melayu jadi ketegaq bana termasuk juga Dato seri. Nak kata sebelah pihak tak kena juga pasai masin-masin ada agenda masin-masin.

Ni la ni, kelompok kami dah tak larat nak tengok lagi. India bukan main naik tocang lagi. Cina dok tepuk tangan. Cuba dato seri pakai selipar, pakai ketayap, t-shirt leheq bulat hak comot sikit, berjalan mai tengah kuala lumpur ni sambil tu bawa keta yang tak bayaq finance 3 bulan. cuba buat-buat bodo dengah pekan sampai kena horn. barangkali baru dato seri dapat rasa panasnya suasana sekarang. berjalan, toksah pakai eskot. tak kan takut mati kut. jangan dok asyik naik keta mewah saja dengan eskot. kalu mcm tu mcm mana nak tengok keadaan sebenaq. jadi ghandi, berjalan kaki tak pakai kasut. tak kan kotoq kut.

Kalu dah bejalan dan rasa, tok kena insaflah bahawa latah tok seri akan bagi kesan pada rakyat khususnya orang melayu. dulu tok seri sama dengan saya dok ajaq lagu "ANAK KECIL MAIN API" di Pasiaq Panjang dan di Sungai Besi. tup-tup la ni tok seri pula bagi api suruh budak kecik anak melayu main api. apa bana ni?


tok seri,

depa ni, orang melayu bukan berapa faham sangat pasai undang-undang. berapa kerat sangat orang melayu faham pasai undang-undang. berapa kerat orang melayu tau pasai sejarah. kami dok mengajaq sejarah, cikgu pakar pulak tu, kami taulah pengai anak-anak murid kami. yang mana masuk sekola menengah taun 75 ke atas, sejarah adalah mata pelajaran yang cukup baloq liat nak belajaq. jadi mcm mana budak-budak melayu nak tau sejarah dan undang-undang pasau nak belajaq undang-undang kena tau sejarah kan ka? kalu dato seri yang faham undang2 dok provok benda tak tentu kalu kat orang melayu terutama generasi yang umuq 20 sampai 38 taun, tak berapa eloklah untuk orang melayu kot.

Nak berjuang apa sampai orang melayu dok bergaduh dan india dan cina naik kepala. mcm tu tok seri kata perjuangan? perjuangan apa tu? perjuangan sapa tu? Kita dulu pernah dok bersembang pasai pepatah " if we cannot win them, we join them" tok seri denga saya juga yang dok mengajaq menatang ni pada pemuda UMNO dulu. tak kan tok seri tak reti dah kot.kalau mcm tu barulah rakyat bulih kata tok seri berjuang untuk orang Melayu kerana dari kami kenai tok seri termasuk juga mahathir kenai tok seri, tok seri adalah seorang yang cukup tebal semangat perjuangan melayu sampai nak repair bumbung sekolah srjk(c) pun tok seri tak luluskan dulu.

hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu. tok seri pernah bercerita pasai sikitol negeri melaka sekarang tok seri sendiri nak jadi sikitol pulak. pelik kot! hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu. tok seri sendiri pernah berhujah pasai martabat nafsu pada orang melayu, nafsu amarah , lawamah dll dan nak duduo dalam martabat nafsu-nafsu tu kenalah hancurkan istana iblis di hati kita tapi tok seri sendiri tak dak darjah tu. yang kami dok nampak adalah sifat-sifat mazmumah yang makin tebai dalam hati tok seri. dok mengata sana , dok mengata sini. apa hai yop.

hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.tok seri sendiri pernah menggerakkan kader2 pemuda dengan slogan " if we cannot win them, we join them" tapi tok seri sendiri buat bagi selisih faham orang melayu. hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.tok seri la ni bukan main baik dengan DAP dan PAS sedangkan dulu bukan main mengata kat depa. lidah letak tang mana?

hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.dulu tok seri sendiri dok lulus lesen magnum, toto dan kuda, pasai apa di bagi juga lesen tu walhal lesen tu hanya lulus oleh Menteri Kewangan iaitu tok seri sendiri. kalau dari dulu tok seri bekukan, orang melayu kita tak berjudi. tok seri pakai selipar dan t-shirt, pi tengok sendiri kedai2 judi berlesen.. masyaallah. satu lagi lesen judi genting highland sampai cina tu mati pun kambuih dengan kereta mercedes... pasai apa.

La ni kami tak mau cerita banyak2, orang marah kat kami, tapi untuk pengetahuan tok seri kami sekeluarga bergaduh kerana tok seri tau, kerana falsafah dan sikap tok seri yang nampak jenuin dulu. kami dengan kak kami yang sama2 dalam kementerian pendidikan bertelagah sampai sekarang pasai kami orang kuat tok seri dan dia dok kerja dibawah pejabat tok seri kementerian pendidikan, kami di luar juga kementerian pendidikan. Nampak sangat pertelingkahan kami tak berbaloi dengan kerenah polotik tok seri.

La ni tak mau cerita banyak2, harap tok seri dapat pikiaq dan kenang balik waktu dulu, waktu kita sama-sama berjuang, dan aku nak tengok balik kawan, sahabat, pejuang dan idola aku berjuang kembali di landasan yang benar dan betul dengan tidak mengenepikan kepentingan bangsa. Andai itu saudaraku Anwar laksanakan dengan strategy yang betul dan tepat tanpa melukakan hati mana-mana pihak dan mana2 bangsa dengan mengambil kira kepentingan orang Melayu sebagai asas perjuangan , sahabat-sahabat kita yang dulunya bersamamu dan mengharapkan saudara anwar bakal menggantikan mahathir sebagai Soekarno Malaysia dan pemimpin ummah akan kembali berdiri di belakangmu, namun andai saudara membelakangi perjuangan kita dahulu, kami hanya akan berdiam di dan melihat segala kemusnahan bangsa dan negara ini dari petualangan dalam dan juga luar negeri khususnya Yahudi. Andai perubahan itu berlaku kepadamu saudaraku Anwar, akan ku petik jariku mengarah barisan mendokong cita-cita bangsa agama dan negara kerna dirimu dan diriku amat tau siapa apa itu, Agama (ALIF), apa itu bangsa(BA) dan apa itu tanahair (TAA)

PAS Bukan Lagi Parti Islam


Ahli PAS bukan Islam yang sebelum ini bertaraf Kelab Penyokong akan diterima sebagai ahli penuh dalam parti tersebut. (baca sini). Lihat gambar di atas, sekumpulan ahli Kelab Penyokong Cina PAS telah menggunakan bendera ulama di baju mereka.

Apakah PAS layak lagi menggunakan nama Islam pada partinya selepas ini? Apakah jawatan Presiden PAS boleh ditandingi oleh ahli yang bukan Islam? Mungkinkah ini strategi Anwar Ibrahim untuk menguasai PAS dalam diam dan terancang.

Perlembagaan PAS sengaja dipinda agar kumpulan ulama dapat dihapuskan secara kemasukan beramai ramai ahli PAS bukan Islam untuk memenangkan kumpulan Erdogan dalam PAS. Nescaya Husam Musa akan mendapat undi yang banyak selepas ini kalau bertanding jawatan Presiden PAS.

Pas akan jadi parti terbuka, dari dulu lagi orang dah tau Pas tiada pendirian yang tetap. Memperjuangkan islam kononnya tapi hasilnya? Gambar diatas menunjukan Pas hanyalah balaci Pakatan Rakyat.

Berpegang pada tali Allah, jangan berpegang pada tali PAS sesat

ana agak terkilan dan kesal teramat sangat dengan tindakan PAS. setelah mencadangkan Kerajaan Perpaduan dan diterima baik oleh UMNO atas dasar kebajikan rakyat..PAS pulak berdolak-dalih malah mengatakan UMNO memfitnah. persoalan yang timbul siapa fitnah siapa sebenarnya??seluruh Malaysia tahu "Kerajaan Perpaduan" diusulkan oleh siapa.bukan bermaksud UMNO lemah kerana ingin bergabung dengan PAS.

sekiranya dipertimbangkan logik akal, UMNO tak perlu pun bergabung dengan PAKATAN PEMBANGKANG untuk mentadbir negara. Sebenarnya atas dasar kasihan dan ingin menjaga kebajikan rakyat terutamanya di Kelantan yang agak kurang pesat membangunlah UMNO dengan hati yang terbuka menerima usul tersebut.Atas dasar perpaduan dan kerjasama jugalah UMNO menerima PAKATAN PEMBANGKANG.Tapi nampaknya NIK AZIZ sendiri lebih mementingkan sebab peribadi berbanding kebajikan rakyat.NIK AZIZ lebih gemarkan perpecahan berbanding penyatuan sedangkan dalam Surah Ali-Imran ayat 103 Allah telah berfirman yang bermaksud:

" Dan berpeganglah kamu semua kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.."

Sekiranya dasar PAS adalah untuk berdakwah, kenapa tidak digunakan peluang ini???Kenapa NIK AZIZ masih berdendam kerana NIK ADLI ditahan ISA dan HUSAM kalah dengan NASHARUDIN.Marah dan dendam benar NIK AZIZ....kalah dengan api dendam syaitan.Maka bergembiralah syaitan kerana berjaya menggagalkan usaha merapatkan silatulrahim sesama ummah malah kejayaan syaitan dibantu oleh golongan yang dipandang mempunyai benteng keimanan yang kukuh.Memang betullah syaitan telah menghantar komandonya...

Ana kesal perkara ini terjadi disebabkan oleh pendirian yang tidak kukuh..kenapa mesti gentar dan tunduk dengan ANWAR dan DAP???Apa ulama sudah tiada prinsip hidup sehingga sewenang-wenangnya diadu-domba oleh golongan ini?Pada tahun 1976 NIK AZIZ pernah berkata perpaduan adalah satu nikmat yang besar.Tapi apa yang berlaku sekarang???

NIK AZIZ sendiri telah menghancurkn usaha ke arah perpaduan dek hasutan orang-orang ANWAR yang berada disekelilingnya..HUSAM,ANNUAL BAKRI dan ARIF menantunya yang mahu melaksanakan agenda perpecahan yang dimahukan YAHUDI berlaku di Malaysia.Jika usaha untuk kebaikan sampai bila pun NIK AZIZ akan GAGAL membela nasib pengikutnya.Allah telah berfirman dalan Surah Ar-Rad ayat 11 yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah apa yang ada pada diri mereka"

Perkataan "apa" yang ada dalam ayat tersebut boleh ditafsirkan sebagai hati..jika manusia tidak merubah apa yang ada di dalam hati mereka maka Allah tidak akan merubah keadaan mereka.Perkara yang terkandung di dalam hati boleh dikaitkan dengan niat,perasaan negatif termasuklah dendam dan hasad dengki.

Mengapa NIK AZIZ memilih perpecahan dan menolak perpaduan??Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Surah Ar-Rad ayat 21 yang bermaksud:

" Dan orang-orang yng menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan*,dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk"

* iaitu mengadakan hubungan silaturrahim dan tali persaudaraan.

Di Pakistan sudah meletup, Iran tengah merusuh, Indonesia tengah huru-hara, Thailand sudah ditembak dengan kejam di dalam masjid, Afganistan dan Iraq telah lebur terkubur..hanya MALAYSIA bakal menjadi sasaran seterusnya..mereka mahu kita terus bergaduh sedangkan yang beruntung adalah DAP dan penyokong YAHUDI.Mahukah kita terperangkap dengan percaturan yang mereka aturkan????Jika tak mahu mengapa terus memilih untuk bekerjasama dengan golongan yang jelas menentang Islam????Allah telah berfirman di dalam Surah Al-Maidah ayat 80 yang bermaksud:

"Kamu melihat kebanyakan mereka tolong-menolong dengan orang-orang kafir(musyrik).Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaaan Allah kepada mereka;dan mereka akan kekal dalam siksaan"

Jika ayat ini tidak mendatangkan kegerunan kepada golongan yang berkenaan, ana rasa lebih check semula apa yang ada pada niat diri.Bekerjasama dengan golongan yang jelas mengancam Islam dan mempersendakan Islam amat besar akibatnya.Menjadi penghalang kepada perkara kebaikan adalah satu perkara yang tidak wajar dilakukan oleh seorang ulama jika memang benar dia memikirkan kesejahteraan ummah. Srikandi

Ambil Perhatian DSAI!

Hadi Fitnah!

Dengan nama Allah yang Maha mengetahui...Nampaknya cerita Kerajaan Perpaduan dah sampai ke penghujungnya.Ini berikutan kenyataan terbaru pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang menolak sebarang perbincangan berkenaan kerajaan perpaduan dengan UMNO atau BN.

Apa yang peliknya ialah Hj Hadi pun turut bersetuju dengan perjanjian itu malah Hj Hadi dalam kenyataannya telah mengatakan UMNO dengan sengaja cuba membuat Fitnah Jahat!

Saya begitu hairan dengan sikap ulamak sebegini. Jika kita renung dari awal lagi, idea cadangan untuk bekerjasama dalam isu kerajaan perpaduan ini datangnya dari beliau. Kenapa Hj Hadi menyatakan UMNO sengaja membuat fitnah jahat berkenaan isu ini.

Kenyataan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Muhyidin sangat terbuka dan ikhlas supaya UMNO dan PAS boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai isu ini. Nampak gayanya penyatuan umat melayu dan umat Islam tidak dapat menjadi kenyataan.

Puncanya ialah PAS yang takut dan bacul dengan rakan-rakan pakatan mereka bukan kerana faktor fitnah UMNO.

PAS LEBIH SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN KAFIR DAP DARIPADA BEKERJASAMA DENGAN UMNO YANG SESAMA BANGSA DAN SEAGAMA...ALLAH MAHA BESAR...

TABIK BUAT HISHAM KERANA TIDAK BERKOMPROMI

Tindakan merombak "kabinet" Umno Terengganu merupakan satu petanda bahawa Pengerusinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertekad meredakan kekalutan dalaman selain secara tidak langsung menyerlahkan betapa Umno Terengganu benar-benar dalam bahaya keranapan.

Sama ada menggugurkan sesiapa dan melantik sesiapa, Hisham sedar kedua-dua tindakan tersebut pasti mendatangkan reaksi berlainan. Biasalah yang digugur kata terima dengan hati terbuka, yang dilantik kata akan berusaha buat yang terbaik.

Melihat susur galur politik Umno Terengganu sejak Ahmad Said jadi Menteri Besar, ia kelihatan sungguh galak dan meriah dengan pelbagai jenis serangan dari team yang menyokong bekas MB, Idris Jusoh. Macam-macam telah terjadi, ini menandakan akan wujud gelombang penentangan kali kedua selepas beberapa kuncu IJ "terkorban" di medan perjuangan.

Walaupun hakikatnya, tindakan menggugurkan Datuk Rosli Mat Hassan, Datuk Roslan Awang Chik dan Datuk Zuber Embong tidak bermakna "dendam" berakhir, tetapi sekurang-kurangnya keadaan jadi lebih "terkawal" kerana mereka tidak lagi terbabit secara langsung dengan agenda pengurusan Umno negeri, selain memulihkan imej Umno Terengganu, setidak-tidaknya buat ketika ini.

Kemelut Umno Terengganu akan terus bergolak, cuma kini dalam nada berlainan, persepsi berlainan kerana serangan menerusi ruang dalam sudah disempitkan oleh Hisham. Kalau dendam belum terpadam selama itulah jalan merempuh musuh tetap diikhtiar. Selagi IJ masih menjadi idola, selagi AI terus jadi MB, kemelut tidak mungkin selesai.

Peranan Hisham memang berat, seolah tarik rambut dalam tepung, kalaulah tepung berterabur alamatnya Umno menerjun kubur, manakala Hisham menjadi sasaran tohmahan bukan sahaja di terengganu tetapi juga tercalar sebagai seorang menteri yang tak tahu jaga keamanan hal rumahtangga UMno sendiri.

"kabinet" baru Umno negeri adalah hak pengerusi, siapa dia nak pilih itu memang kuasa dia. Tindakan Hisham menggugurkan datuk-datuk yang kontroversi termasuk terbabit dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut disifatkan sebagai satu isyarat jelas Hisham tidak berkompromi dengan pemimpin yang "bermasalah".

Memanglah dilihat pada logiknya, pemimpin yang terlibat dengan siasatan korupsi wajar dinyahkan daripada barisan kepimpinan tapi tidak semua menerima nasib sedemikian. Ramai lagi yang walaupun ada kes korupsi tetapi masih teguh memegang pelbagai jawatan.

Tindakan berani Hisham mengeluarkan yang kotor demi membersihkan Umno wajar juga dijadikan ikhtibar oleh Umno Perak, khususnya kerajaan Zambry yang kemas mendukung 2 Adun Katak yang ketika ini masih berdepan kes rasuh di mahkamah.

Walaupun mereka tidak masuk Umno tetapi kerajaan Zambry amat memerlukan sokongan atas angin mereka ini untuk kekalkan kuasa BN di Perak. Maknanya Umno Perak memerlukan sokongan mereka yang dituduh rasuah di mahkamah, apa ertinya apabila kita menagih sokongan daripada mereka yang buruk imej seperti ini?

Bagaimanapun, cerita Umno Terengganu masih panjang, banyak lagi episod dalam pembikinan, termasuk apakah benar akan ditampilkan kepada rakyat sama ada wujud penyelewengan dalam projek-projek besar era IJ, tidak terkecuali insiden bumbung stadium yang runtuh. Harap-harap Hisham tidak sekat AS dedahkan petualang di sebalik projek rapuh terbabit.

ByPass

Umno will contest Manek Urai state seat

SAMARAHAN, Sarawak, June 18 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said the issue on the unity government and the by-election for the Manek Urai state seat in Kelantan are two different issues which need a unique solution.

Najib, who is also Umno president, said the party would certainly field a candidate for the July 14 by-election because the formation of a unity government with PAS had yet to enter the negotiation stage.

“There has been no discussion on the matter (unity government), we have to go through the (Manek Urai) by-election process,” he told reporters after attending a gathering of the leader with the people at Kampung Pichin, Serian here today.

Yesterday, Kelantan PAS asked Umno not to field a candidate in the Manek Urai by-election if it was truly serious about the proposal to form a unity government.

Kelantan PAS Deputy Commissioner II, Datuk Husam Musa was quoted as saying that UMNO would not ‘fight’ with PAS in the by-election if it was truly supporting the proposal.

On the statement by PAS spiritual leader, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, who wanted Nasharuddin Mat Isa to step down as PAS deputy president and the Member of Parliament for Bachok if he continued to support the idea of setting up the unity government, Najib described it as a surprising move.

“I don’t know what is behind the statement by Nik Aziz. As far as we are concerned, anything that is positive, we should work for it,” he said.

Nik Aziz was quoted as saying that the action by Nasharuddin could lead to chaos in the party.

On the discussions with Sarawak Barisan Nasional (BN) leaders this morning, he said it was to explain the latest expenditure allocated under the first and second stimulus packages.

He said the federal government would be prepared to consider Sarawak’s requirements based on the feedback received from the BN leaders concerned.

He said the two-day visit to Sarawak, beginning yesterday, had given him a unique satisfaction as it reflected the 1 Malaysia concept.

He said the visits to the villages and longhouses of the various ethnic groups had given a deeper understanding on the1 Malaysia concept to the people.

Earlier in his speech, Najib announced an allocation of RM1.35 million for the construction of the Tun Abdul Razak verandah for the Kampung Pichin residents comprising mostly the Bidayuh community.

He said the visit to Kampung Pichin was a personal request from him to the state government after learning that his late father had visited the village 43 years ago when he was the deputy prime minister to officiate a water supply project.

He gave an assurance that the federal government would support the Bidayuh community who had always been loyal to the BN government. – Bernama

Kelab Penyokong Pas Boikot Manek Urai


Tidak cukup muktamar dua minggu lalu menjadi medan pertelagahan sesama pemimpin PAS berhubung kerajaan perpaduan, isu itu bakal membawa retak pula pada jentera pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Kini sudah tersebar ura-ura bahawa Dewan Pemuda PAS di beberapa negeri berhasrat menarik diri daripada membantu kempen sebagai tanda bantahan terhadap PAS Kelantan yang didakwa membesar-besarkan isu kerajaan perpaduan.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini semalam, Dewan Pemuda PAS di enam negeri termasuk Terengganu – negeri presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengutarakan idea tersebut – akan memboikot kempen di Manek Urai.

Idea tersebut bagaimanapun ditentang oleh keras oleh Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta bekas naib presiden Datuk Husam Musa, exco kanan kerajaan negeri.

Dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS di muktamar ke-55, Husam dan seorang lagi naib presiden yang lantang menolak cadangan kerajaan perpaduan, Mohamad Sabu, tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden, yang berjaya dikekalkan oleh Nasharuddin Mat Isa.

Kerajaan perpaduan dan kekalahan Husam dikatakan tidak disenangi akar umbi PAS di Kelantan yang berdiri teguh di belakang Nik Aziz berhubung isu tersebut.

Malah, Ahad lalu, Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan supaya tidak menyertai kempen pilihanraya kecil DUN tersebut, antara 6 hingga 14 Julai.

'Buang masa'

Seorang pemimpin KPP Yap Kok Seng dilaporkan berkata, kehadiran mereka hanya akan "mengelirukan pengundi" dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan.

Susulan perkembangan tersebut, sumber-sumber itu berkata, ahli-ahli Dewan Pemuda PAS merasakan kehadiran mereka di Manek Urai hanya "membuang masa dan tidak memberikan apa-apa kesan bagi mengekalkan kerusi tersebut".

"Kalau datang tidak boleh naik pentas berceramah, buat apa kita datang?" kata sumber-sumber itu lagi.

Sehingga kini, tambah mereka, PAS Kelantan belum berhubung dengan negeri-negeri mengenai persediaan menghadapi pilihanraya kecil itu walaupun ia akan berlangsung tidak lama lagi.

"Biasanya, sebulan awal (sebelum tarikh mengundi) kita dah tahu dah," tambah sumber-sumber.

Sementara itu, sumber PAS Kelantan pula memaklumkan, akar umbi PAS di negeri itu amat marah dengan Nasharuddin yang terus-menerus berbeza pandangan dengan Nik Aziz berhubung isu kontroversi itu.

"Jadi, kalau dia (mereka) tidak boikot kita pun, kita yang akan boikot dia di sini.

"Dia bolehlah datang, tetapi saya rasa dia tak boleh duduk dalam majlis yang ada Tok Guru," kata sumber itu lagi.

Tidak boleh berkempen

Semalam, Nik Aziz menggesa Nasharudin meninggalkan parti itu dan sekali gus meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan dengan Umno.

Menteri besar itu juga dilaporkan berkata, isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS tetapi satu lontaran idea peribadi.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok," Nik Aziz dipetik berkata.

Sementara itu, sumber-sumber lain pula memberitahu, mesyuarat jentera pilihanraya Kelantan telah memutuskan "pemimpin-pemimpin tertentu dalam PAS" yang tidak boleh berkempen dan berceramah di Manek Urai.

Bagaimanapun, pengarah pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar menafikan khabar angin tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, kesemua 14 Dewan Pemuda PAS negeri telah diberikan tugas memantau DUN Manek Urai berdasarkan sembilan daerah mengundi yang dibahagi-bahagikan mengikut negeri.

"Tidak timbul perkara itu (boikot). Kalau benar, kenapa Kelantan yang keluarkan senarai (pembahagian kawasan kempen) ini,” katanya ketika dihubungi.

Pemuda Terengganu nafi

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Pemuda PAS Terengganu menafikan memboikot jentera pilihanraya di DUN tersebut.

Menghubungi Malaysiakini hari ini, ketuanya Mohd Nor Hamzah berkata PAS negeri termasuk dewan tersebut akan menghantar antara 100 hingga 200 petugas tetap di satu daripada sembilan daerah mengundi seperti telah diputuskan.

Tambahnya, setakat pengetahuannya, jentera Pemuda PAS negeri-negeri lain tidak akan memulaukan pilihanraya kecil Manek Urai.

Sumber, Kamal Farsya

Anwar Dihambat Masa

15 hari lagi menanti saat derita dan pedih dikandang orang kena tuduh. Kali ini peluang untuk menang tipis. Tidak ruang untuk menidakkan tuduhan kerana ada prima facie.

Kerisauan telah terdedah dan ditunjukkan dikalangan ahli keluarga dan penyokongnya. Kita tengoklah sama ada dia nak lari ke Turki atau USA. Kalau dia lari dan enggan hadir ke mahkamah maka parti ahli PKR akan meninggalkan perjuangan mereka. Pkr akan berkubur dalam masa yang terdekat ini.

Kes ini akan dilengah-lengahkan dan anwar juga akan menganjurkan satu lagi demontrasi jalanan untuk mengalihkan dan menarik sokongan kepadanya. Kali terakhir ialah perarakan haram menentang PPSMI dimana watak utama ialah Datuk Hasan DBP dan Datuk Samad Said Gapena yang telah diperkuda oleh Anwar.

Hairan kenapa dalam kongres khas Pkr di Nilai tidak ada satu anugerah khas kepada mereka berdua , sebaliknya Pas pula yang telah mengiktiraf pembabitan mereka dalam agenda PR. Adakah Anwar telah memberi hadiah atau sumbangan kepada Pas untuk 2 individu yang lupa daratan tersebut?

Bijak-bijak Anwar, orang tak marah kepada Pkr lah sebaliknya marah kepada Hadi Awang kerana memberi anugerah tersebut - Taipingmali

PAS Bukan Parti Dominan Dalam Perogol Rakyat (PR)

Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP menyeru PAS untuk menilai semula keduduannya dalam Pakatan Rakyat. PAS, katanya, bukanlah parti dominan dalam PR. PAS hanya mempunyai 24 kerusi di Parliment berbanding DAP yang memiliki 28 dan PKR mempunyai 31 kerusi. Seruan Karpal ini berbaur amaran bahawa sebagai parti yang memiliki kerusi parliment yang terkecil maka PAS jangan cuba menjadi boss dan perlu sedar dan cermin diri.

Dalam norma politik Nasional yang mengamalkan "konsensus" samada parti itu kecil atau kerusinya sedikit, suaranya adalah sama. Barisan Nasional, dalam konteks ini mengamalkan dasar konsensus. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Walaupun komponen BN adalah parti yang kecil tetapi hak mereka dari segi bersuara adalah sama dan mereka tidak dipandang kecil dan kerdil.

Bila PAS dikatakan sebagai parti BUKAN dominan dalam PR, PAS dan penyokong PAS harus menyedari siapa mereka pada pandangan DAP. PAS juga perlu menyedari siapa pemimpin-pemimpin PKR yang sebulu dan sependapat dengan Pengerusi DAP itu. Rakyat Malaysia tahu berapa pemimpin DAP yang bertopengkan PKR dalam PKR.

Bagi saya PAS mampu berdiri sendiri tanpa menjadi rakan kongsi mana-mana parti di Malaysia. Kerajaan Perpaduan seperti yang disarankan TGHH tidak semestinya PAS berkongsi kuasa dengan mana-mana parti. Tetapi rasanya, kerjasama PAS, UMNO dan Parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak akan mendapat sokongan majoriti masyarakat induk dan teras di Malaysia bagi memadamkan kesombongan DAP dan menjurus kepada kesatuan dan keutuhan agama, bangsa dan tanahair. Sekaligus akan memadam kerisauan dan anxiety majoriti Masyarakat Malaysia.

Saya masih ingat amanat TGHH..."hendaklah kamu mengenali jamaah kamu"... Jangan biarkan TGNA dan TGHH berbeza kerana segelintir baruah PKR dan DAP dalam PAS. Ingat "manis' yang diberikan oleh Israel kepada Fatah asalkan mereka jangan berdamai dengan Hamas. Berapa rakyat Islam yang tidak berdosa terkorban kerana dibunuh dengan membuta tuli dan dengan hajat dan niat membunuh?!. - Senja Liza

Nik Aziz Meroyan


Aku tak tau nak kata apa dah dengan orang tua sorang ni. Makin lama semakin "meroyan" dia bila dengar nama UMNO.

Apa2 yang berkaitan dengan UMNO mesti si tua ni "hentam" habis-habisan. Sampaikan keluarkan "fatwa" yang bukan2 untuk "membelasah" dan untuk menunjukkan UMNO itu sejahat2 parti di Malaysia ni.Dendam sungguh dia dengan UMNO nih.

Idea kerajaan perpaduan ni bukan hanya untuk menguntungkan segelintir individu saja tetapi usul ini dikeluarkan adalah untuk kepentingan masyarakat melayu/islam di negara ini khususnya.

Yang rugi hanyalah sebilangan individu yang sering memainkan isu sentimen "siapa lebih islam" dan "siapa paling layak ke syurga" sahaja. Individu2 ini yang pastinya akan rugi jika idea kerajaan perpaduan ini berjaya di implementasikan menjadi nyata kerana tiada lagi jemaah yang dapat "dipesongkan aqidahnya" dan tiada lagi idea untuk ceramah2 maki hamun yang dapat dianjurkan.

Seharusnya Nik aziz melihat usul kerajaan perpaduan yang ditimbulkan oleh Hj Hadi ini dengan pandangan yang lebih luas. Bukan hanya sekadar melihat kepada "dendam lama" yang masih berbaki didalam hati tua Nik Aziz itu.

Apatah lagi dengan segala ilmu kitab kurniaan Allah swt kepadanya, sepatutnya Nik aziz renungkan setiap ayat dan hadis untuk mencari titik pertemuan/penyatuan melayu dan kearah Islam yang lebih syumul di negara ini. Bukan dengan menidakkan sebarang usaha memupuk persaudaraan serta menyumbang kepada perpecahan masyarakat melayu/islam di Malaysia.

"Dendam" lama Nik Aziz kepada UMNO harus di lepaskan demi untuk masa depan anak bangsa serta kekuatan masyarakat islam, kerana hari ini melayu dan islam semakin "direndahkan" martabatnya oleh bangsa2 kafir yang sering mencari "rekahan2" ukhwah dikalangan kita untuk mereka menambah "racun2" keruntuhan. Jangan biarkan anak2 bangsa kita merempat ditanah airnya sendiri hanya semata2 "dendam" lama kita dahulu.

Kita berkiblat ke arah yang sama Pok Nik !! Kita masih tetap bertuhankan yang SATU !!


"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." - AlQuran, Surah AlHujurat ayat 10. - Pusaka Ayahanda

H1N1 Melanda PAS


Nampaknya apa yang kita takutkan telah pun menampakkan tanda-tandanya. Aritu gua datang muktamar PAS, gua jadi menyirap jek tengok kebengongan kebanyakan perwakilan. Memang level pemikiran rendah.

Antara benda yg gua menyirap ialah :

1) Perwakilan bukannya berbahas usul, tapi diorg semua dok berceramah, berkuliah. Macam celaka! Muktamar ni dah la setahun sekali, pastu berbahas mcm celaka! Ternyata pendapat gua ni sama mcm apa yg TGNA tegur : http://malaysiakini.com/news/105985

2) Ada ustad bengong gi sound petugas media tak tutup aurat dlm ucapan perbahasannya. Bodoh, sape ajar ko dakwah mcm tu? Depan org ramai ko malukan petugas2 media non-muslim, pastu ko bangga. Celaka punya ulama!

3) Kebanyakan perwakilan berbahas tanpa hujah konkrit. Semua dok syok sendiri berceramah, pastu cakap pun nak ada style arab la konon. Ntah pape.

Tu je yg gua dapat tengok, pastu gua keluar jenjalan kat gerai2. Buang masa gua jek dengar perbahasan bodoh. Bukan semuanya bengong, tapi disebabkan kebanyakannya bengong, menyebabkan mood gua nak ikuti perbahasan terus padam.

Memang gua tak heran la nasha penipu tu boleh menang. Memang level pemikiran perwakilan cerdik sikit je dari perwakilan UMNO.

Sekarang ni nak menyesal pun dah tak guna. Lepas mamat nasha tu naik jek, terus buat kepala, hidupkan balik idea kerajaan perpaduan. Pastu selamba cakap pandangan TGNA tu cuma pendapat peribadi dia. Kurang ajar punya org! Lu bukannya rasa apa yg TGNA lalui selama ni nak pertahankan kerajaan Kelantan.

Gua rasa, dengan kemenangan hadi dan nasha ni, telah menghasilkan sebuah virus baru iaitu H1N1 (Hadi 1, Nasha 1) yang bakal meretakkan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat. Walaupun kebanyakan grassroot tak sokong idea tu, tapi virus H1N1 ni mempunyai kedudukan yg power dlm PAS.

Gua tak tau nak cakap apa dah. Gua harap 3 naib pres dpt counter cepat sebelum sejarah pahit berulang. Adios - Kudin

Kerajaan Perpaduan Harus Diberikan Peluang

Kepada Blogger diluar sana, fikir-fikirkanlah dahulu sebelum berkata apa2.. saya bersetuju untuk duduk berbincang sekiranya mereka mengajak untuk berbincang. Biarpun komunis mengajak kita berbincang, perlu untuk berbincang dahulu.. buka lah hati dgn lapang nya.. Islam itu adil, terbuka, sempurna dan untuk semua. Ketika berbincang, apa yang salah boleh kita perbetulkan, apa yang diajukan, tidak semestinya kita akui. Apa yang ditawarkan tidak semestinya diterima. Malah kita dapat berdakwah secara terus ketika berbincang. Hidayah itu milik ALLAH, dan bila-bila boleh diberikan ALLAH, kerna ALLAH itu MAHA BERKUASA. Biarlah dia musuh kita yg pernah menzalimi kita dgn teruk, tapi apabila ingin dibawa berbincang, usahlah ditolak. Berbincang atau berunding jauh sama sekali maksud nya dengan bersetuju, bersetongkol, 'satu kepala'. Setiap yg kita ucapkan semuanya ada balasan, bercakap dan berfikirlah atas landasan Islam, bkn atas faktor emosi semata-semata..

Saya bukanlah ahli mana2 parti politik. Saya juga bukan seorang yg arif mengenai agama. Tapi saya terfikir, jika PAS berjuang untuk bangsa melayu, maka bergabung dengan UMNO mungkin satu perkara yg sepatutnya. Jika PAS berjuang demi Islam ikhlas kerana Allah SWT, maka pada pendapat saya hamba Allah yg lemah ini, gabungan tersebut bukanlah jalan yg terbaik. Adakah Nabi Muhammad SWT berjuang untuk bangsa Quraisy, atau kerana agama Allah SWT? Mohon maaf kiranya amat ketara kelemahan pemahaman agama saya melalui ayat-ayat diatas. Terima kasih.

Sokong Chin Peng? Get Lost!

Tengok ni, bekas-bekas askar bertungkus lumus menyelamatkan negara ada plak orang yang nak bawak balik Chin Peng. Ape kes?

Ana benganglah dengan beberapa kelompok parti yang tersangatlah kurang asam menyokong kembalinya manusia kejam " Chin Peng" ke Malaysia...alahai...kenapa cetek benar pemikiran sampai nak dapatkan sokongan komunis???Dalam paper bukan main lagi parti pembangkang dengan tahap kebengongan petala kelapan menyatakan Chin Peng benar2 insaf dan bebas dari ideologi komunis....Ketua Pemuda PAS Pusat Salahudin Ayub mempamerkan kedunguannya bila manyatakan tidak salah Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air asalkan pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya....apa ke he pulak nak kata macam tu...???kalo dah namanya ideologi komunis takkan lari ke mana punye...macam pembangkang jugaklah.....dah namanya ideologi pembangkang walaupun dapat bantuan dari kerajaan, anak dapat bantuan ihsan kerajaan tetap nak membangkang jugak..sebab apa?????dah namanya ideologi pembangkang.takkan berubahpunye....cermin diri sendiri lah...lu dengan Chin Peng sama je....takkan pernah nak berubah...Kalau kita perhatikan....Statement Salehudin turut disokong oleh Mustafa Kamil Ayub ( Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) dan jugaDr. Tan Seng Giaw di dalam statement mereka.sebenarnya walau pun atas dasar kemanusiaan tapi fikirkanlah bagaimana perasaan golongan yang terlibat menjadi mangsa kekejaman Chin Peng dan sekutunya...perasaan pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah kehilangan ahli keluarga dan anggota badan mereka..adakah kita nak mempersiakan pengorbanan mereka???kalau nak diikiutkan dasar kemanusiaan seharusnya kita mengambil kira perasaan mereka dan bukannya Chin Peng...Bagi ana golongan yang menyokong Chin Peng ini sebenarnya tidak layak untuk bermaustatin di Malaysia ini sama seperti Chin Peng....so kalau nak sokong Chin Peng...GET LOST!!!!!!!!

Chin Peng Yang Langgar Janji! Usah Kembali Lagi!

Cukup, hentikan, jika ada yang hendak merayu, kerajaan tidak akan melayannya, demikian penegasan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dengan isu bekas pemimpin komunis Chin Peng. Walaupun kerajaan telah menegaskan tetap tidak akan membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini, masih ada pihak yang terus membangkitkan isu tersebut.

Sehubungan itu, Muhyiddin menyokong pendirian Persatuan Bekas Tentera Malaysia yang dengan tegas menolak usaha membawa Chin Peng pulang ke negara ini dan sambil persatuan itu menyifatkan mereka yang menyokong kepulangan Chin Peng dan cubaan menghidupkan semula komunisme ‘patut ditembak sahaja’.

“Ini memperlihatkan betapa marahnya mereka. Jika dia (Chin Peng) dibenarkan pulang atas dasar kemanusian, bolehkan kita menerima pembunuhan yang dilakukannya. Pembunuhan tidak berperikemanusian,” tambah Muhyiddin. Beliau berkata demikian kepada para wartawan di Kuala Lumpur hari Selasa ketika diminta mengulas mengenaisikap sesetengah pihak yang masih terus mahukan Chin Peng dibenarkan pulang.

Menurut Muhyiddin, semua pihak perlu menghormati pendirian kerajaan berhubung dengan isu Chin Peng. “Semua perbahasan mengenai Chin Peng mestilah dihentikan. Mereka perlu menghormati pendirian kerajaan, kepada mereka yang hendak merayu, kita tidak akan melayannya,” kata beliau sambil menengaskan kerajaan tetap dengan keputusan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman ketika mengulas perkara yang sama menafikan kerajaan memungkiri perakra-perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian Perletakan Senjata Parti komunis Malaya (PKM) yang ditandantangani pada 2 Disember 1989 berhubung dengan kedudukan Chin Peng.

Menurutnya, menurut perjanjian itu, Chin Peng perlu menghdiri proses temuduga sama seperti 442 yang emmohon untuk kembali ke Malaysia tetapi hanya 406 sahaja yang hadir manakala selebihnya termasuk Chin Peng tidak hadir. "Selepas itu dia tidak pernah mengemukakan permohonan baru sebaliknya menggunakan saluran mahkamah untuk menentukan status kewargenegaraannya.

"Tindakan itu jelas menunjukkan beliau enggan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani dan juga tidak mematuhi undang-undang negara seperti mana yang dikehendaki dalam perjanjian tersebut," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya. Menurut Abu Seman berkata, dalam kes Chin Peng, kementerian itu berpendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur mengenainya dan merasakan Chin Peng bukanlah wira yang patut dibela